Monday, 3 October 2016

lama dah tak menulis, 6 bulan, kekok, and finally i'm here.
kalau yang terakhir dulu masa yang bawa aku kesini,
ironinya, sekali lagi aku kesini sebabkan masa.

kosong, tak berteman bicara.
apa saja yang tinggal?
setiap malam sama seperti malam malam yang lain
berbintang, sejuk tapi tetap sunyi.
bukannya mengharapkan setiap malam itu indah
sedangkan bulan itu sendiri berputar pada paksi yang buat bentuknya berubah
tapi cukuplah andai bulan tu menjadi penyeri malam, sebelum mata terkatup

bukan bicara soal hati tapi sesak menanggung pelbagai masalah
bukan sebarang masa boleh diluah
bukan sebarang tempat boleh dilontar
cuba mencari masa dan tempat yang sesuai
tapi sayang, masa itu sentiasa sempit

akhirnya, aku tetap disudut,
menghitung setiap masalah
cuba cari penyelesaian yang tak selesai
sudut yang sama
aku tak pernah berganjak dari situ

malam, terima kasih, sekali lagi kau jadi peneman
hanya kita berdua

No comments:

Post a Comment