Tuesday, 22 May 2012

penat..

apa lagi yang harus aku katakan?
perkataan apa yang harus aku gunakan utuk ungkapkan hati kecil ini..
kebahagian yang dikecapi datang dari pengorbanan hati kecil ini..

lelah menahan semua ini..
memang aku kuat..tapi bila terjatuh terasa sakit untuk bangun sendiri..
tetap gagahkan diri..setelah berjaya bangun..
terumbang ambing mencari tapak untuk berdiri kembali..
buat seketika dapat berdiri dengan kukuh..
tapi sekali dihembus..
aku kembali jatuh..tak sempat merawat luka lama..

letih..sesekali mengalir air mata..
terasa berat menanggung berseorangan..
lebih berat menanggung janji..

menenangkan..pejamkan mata seketika..
imbau kembali segala kenangan..
terukir sekuntum senyuman..
terubat duka buat seketika..

Sunday, 20 May 2012

mampukah?

satu keputusan yang nekad telah aku buat..
terus menunggu..
ya..aku nekad..
seperti biasa..komen yang aku dapat..
kau bodoh!!
memang aku bodoh..bodoh menunggu sesuatu yang x pasti..
tapi aku ingin tanya sesuatu..
mampukah semua yang berkata itu jadi sekuat aku?
aku ada cita-cita aku sendiri..
memiliki dia..jujur..bukan cita-cita aku..
kerana sangat kabur..
tapi aku tetap menunggu..
kerana apa?
kerana aku masih berharap dia yang Allah kirimkan buat aku..

cuba menjadi setabah mungkin..
mungkin ada masa perlukan seseorang untuk berkongsi rasa..
aku kuat..

buat awak..memang mungkin awak bukan takdir saya..
tapi..saya tak akan tinggalkan awak..
saya tetap tunggu..sebab..
"even kita putus..awak tetap milik saya"

sekian..

Wednesday, 16 May 2012

kawan

sesekali jadilah kawan yang mendengar dari kawan yang bercerita..
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan..
kerana dia juga seorang manusia..
dia juga ada perasaan takut,bimbang,sedih dan kecewa..
dia juga punyai kelemahan dan perlukan kawan sebagai kekuatan..
mungkin kita selalu melihat dia ketawa..tapi hati dia tidak setabah yang kita sangka..
di sebalik senyuman itu mungkin tersimpan seribu kesedihan yang ingin diluahkan..
kita tidak tahu..
cuba jadi sahabatnya yang terbaik..mungkin kita akan mengerti..
aku sayang kau kawan..

Wednesday, 9 May 2012

sesuatu..

sesuatu..aku cuba untuk ungkapkan sesuatu..aku cuba lakukan sesuatu..
tapi teramat sukar..

entah dari mana mendapat kekuatan..tersorok segala perasaan..
yang tinggal hanya sekeping ego..
terlupa atau sengaja melupakan semua pengorbanan?

cuba..cuba bygkn nasib yg serupa..
itu saja caranya..bukan belas kasihan yg diharapkan..
cukup andai sedar apa yang telah dilakukan..umpama satu anugerah..

pergi..sedikit saja lagi..selesai segala tanggungjawab..kepergian yg rasmi..
saat istimewa..saat termeterai segalanya disitu saat berakhir segalanya..
nekad..demi menjaga sekeping hati yang sarat dengan luka..
kepergian sebelum ini cuma sekadar mengajar bagaimana untuk terus berdikari..
sedikit sahaja lagi..selesai semuanya..tinggal kenangan sebagai pengubat..

doa..tak pernah hilang tempat dalam doa..itu saja yang termampu..
kemaafan..sedikit saja lagi..bila lembut sekeping hati..hilang lh segalanya..
usah bimbang..dendam mudah ditewaskan dengan kasih sayang yang tak pernah padam..
terima kasih..

Saturday, 5 May 2012

mimpi atau petunjuk?

mimpi yang mulanya indah..tapi penghujungnya pedih..
penat hidup sebegini..bila akan terhenti?
hidup dalam angan-angan..menagih janji..
sedar aku dari mimpi..ungkapan ini yang terlintas..

setiap insan ingin bercinta..kenapa?
setiap insan ingin rasa disayangi..
tapi..bukan setiap insan mampu bercinta..
kerana bukan mudah untuk berjumpa dengan insan yang mampu mencintai kita dengan ikhlas..
jangan kita memberi satu harapan palsu jika kita sendiri tidak yakin dengan apa yang kita janjikan..
mudah untuk bercinta..mudah juga untuk meafazkan cinta..tapi mudahkah untuk kita menjalankan tanggungjawab?