okey. kali ni aku nak cerita something yang lari jauh apa yang aku biasa tulis dekat blog aku ni.
aku nak cerita pasal ekonomi semasa.
first of all, apa yang aku nak cakap, aku tak sentuh isu politik sebab aku bukan student politik. tapi aku student ekonomi and aku dah lama terpikir nak berkongsi pendapat aku.
okey. isu pertama. adakah Malaysia akan bankrupt?
jawapannya. mana2 negara sekali pun ada risiko untuk bankrupt. tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang, susah untuk Malaysia bankrupt.
REASON?
Malaysia memang berhutang. tapi Malaysia berhutang dengan institusi dalam negara such as KWSP and Petronas. so debit and credit negara masih dalam domestic money market. sebab untuk sesebuah negara itu bankrupt adalah sebab pinjaman atau hutang dengan negara lain dan institusi luar contohnya IMF. so dalam ayat mudahnya. Malaysia hanya akan bankrupt apabila negara2 seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Kanada bankrupt. sebab hutang luar negara Malaysia sangat rendah.
okey. isu kedua. isu gaji.
dekat sini aku nak timbulkan 1 persoalan. dalam sektor swasta, siapa majikan anda? ya. syarikat dan bukannya kerajaan. dalam isu ini kerajaan tidak ada kuasa untuk campur tangan dalam pentadbiran sesebuah syarikat. tapi apa yang kerajaan boleh buat adalah dengan memberi tekanan kepada sektor swasta untuk meningkatkan tingkat gaji. sebab itu kerajaan telah menetapkan RM900 sebagai gaji minimum. ini akan memberi tekanan kepada sektor swasta untuk meningkatkan tingkat gaji. memang nampak RM900 rendah bukan? percayalah yang tahap gaji minimum itu akan berubah secara berperingkat.
okey. isu ketiga. isu cukai yang tinggi.
okey. semua orang sibuk melaungkan slogan "kami mahukan kemajuan". aku nak tanya, korang nak kan sebuah negara yang maju tapi korang tak nak menyumbang terhadap negara. macam mana negara nak berikan korang semua kemajuaan tanpa dana. cukai yang anda semua bayar akan kembali pada anda dalam bentuk kemajuaan dan facility untuk anda semua. bukannya anda perlu menyumbang terhadap negara untuk setiap hari. cuma setahunsekali. bahkan ada yang tak perlu membayar langsung kerana pelepasan cukai.
cukup lah dengan 3 isu ini. banyak lagi sebenarnya yang ingin aku suarakan. tapi cukuplah 3 isu utama ini.
jujur. aku sedih dengan rakyat sekarang. semua terlampau taksub dengan politik sehingga anda lupa dengan kenyataan yang ada depan mata anda. anda semua bergaduh2 dan memaki hamun. untuk apa? tak sayangkah anda dengan Malaysia? fikirkanlah apa sumbangan anda terhadap negara? lupakan lah dengan fahaman politik anda. kita perlu bersatu, jangan sehingga kita jadi seperti negara timur tengah yang berperang hingga tergadai maruah negara dek kerana cuma fahaman politik.
pesan aku. jangan butakan mata anda semua. jangan cepat menyokong dan menentang. dan jangan sesekali membuat spekulasi atau berhujah tentang ekonomi Malaysia jika anda tiada pengetahuan tentang ekonomi. bahaya. ekonomi sangat susah untuk difahami tapi senang untuk dipengaruhi.
- i love Malaysia-
Saturday, 14 December 2013
Thursday, 12 December 2013
persepsi cinta aku.
tak perlu diungkap selalu. cukup untuk dirasai.mudah bukan.
tak perlu dicanang 1 dunia yang kita berkasih. cukup kita yang rasa. mudah bukan.
ya. aku bukan sempurna. tapi kau menyempurnakan aku. dan kita saling menyempurnai.
ya. aku gembira bersama kau. walaupun ada ketika kau agak menyakitkan hati aku. hehe
ya. kau bukan yang pertama. tapi kau yang terbaik yang pernah aku miliki.
bukan omong kosong mahupun sekadar manis bahasa. tapi kenyataan.
aku bukan seorang yang singkat fikiran yang tak mampu untuk membuat keputusan.
kau pilihan aku. dan aku tetap dengan pilihan aku.
bukan mudah untuk aku keluar dari hubungan ini.
ingat pesan aku. hanya lelaki bangsat yang mudah mengalah dan gagal membuat keputusan.
awak yang tengah baca tu. ye awak. wirda liyana. susah sangat nak tengok kita jadi sweet ye.
ye. saya sayang awak. puas hati? hehe
tak perlu dicanang 1 dunia yang kita berkasih. cukup kita yang rasa. mudah bukan.
ya. aku bukan sempurna. tapi kau menyempurnakan aku. dan kita saling menyempurnai.
ya. aku gembira bersama kau. walaupun ada ketika kau agak menyakitkan hati aku. hehe
ya. kau bukan yang pertama. tapi kau yang terbaik yang pernah aku miliki.
bukan omong kosong mahupun sekadar manis bahasa. tapi kenyataan.
aku bukan seorang yang singkat fikiran yang tak mampu untuk membuat keputusan.
kau pilihan aku. dan aku tetap dengan pilihan aku.
bukan mudah untuk aku keluar dari hubungan ini.
ingat pesan aku. hanya lelaki bangsat yang mudah mengalah dan gagal membuat keputusan.
awak yang tengah baca tu. ye awak. wirda liyana. susah sangat nak tengok kita jadi sweet ye.
ye. saya sayang awak. puas hati? hehe
Tuesday, 3 December 2013
Monday, 2 December 2013
kata hati
antara kau dan aku. belum cukup bodoh untuk aku membezakan erti kekasih dan sahabat.
antara kau dan aku. aku cuba jadi yang terbaik seoerti yang kau inginkan.
tapi pernahkah kau terfikir apa yang aku fikirkan.
lelah. lelah menahan segala apa yang aku rasa. lelah menjadi hipokrit yang bangsat.
aku cuba jadi yang terbaik untuk kau. segala apa yang kau inginkan. aku turutkan.
aku berubah. hasil dari apa yang aku belajar dari perhubungan yang dahulu. aku cuba adaptasi kedalam hubungan ini.
pernah 1 masa dahulu aku jatuh terduduk. perit. aku bangun sendiri. segala penat dihalau aku cuba lupakan.
akhirnya aku berjaya.
dan aku temui kau yang aku harapkan boleh memberi semangat untuk aku terus bangkit.
tapi semakin lama aku sedar yang aku silap.
entah apa yang tidak kena. aku cuba lakukan semua yang kau mahu.
aku buang farez sejauh-jauhnya.
tapi tahukah kau apa yang aku rasa.
bagi aku apa yang kau rasa jauh lebih penting dari apa yang aku rasa. tapi kau?
aku terlampau sayangkan kau. ya. aku mengaku yang aku jarang melafazkannya.
tapi tidakkah kau dapat rasa apa yang aku lakukan lebih besar dari sekadar melafazkan.
dan aku juga sayangkan dia. dia yang banyak mengajar aku tentang erti apa itu kasih sayang.
tapi sayang itu cukup sekadar sahabat.
patutkah aku berundur? adakah aku akan terjatuh sekali lagi? apa lagi yang harus aku ubah?
buat kau. aku mencintai kau. aku akan cuba yang terbaik untuk kau. dan cuba membahagiakan kau.
buat dia. aku menyayangi kau. kau adalah sahabat dunia dan akhirat ku.
assalamualaikum.
Subscribe to:
Comments (Atom)
