Thursday, 10 December 2015

Senang?

Nak hidup bukan senang,
Nak bercinta bukan senang,
Nak belajar bukan senang,
Siapa cakap semua benda boleh jadi senang?
Nak bernafas pun kau kena tarik nafas dalam-dalam,

Diam, buat saja.

Tuesday, 8 September 2015

terduduk

Ya Allah, terlampau besarkah salah aku
aku jatuh terduduk.
yang selama ini aku sangka layak, yang memang untuk aku
rupanya cuma sekelumit.

Ya, tiap hari aku selit dalam doa agar dapat aku tembus cukup sekecil ruang.
salah aku,
aku terlupa hakikat yang baru aku padam.
seronok aku teroka setiap ruang yang bukan milik aku,
sampai aku terlupa dari mana datang aku.

Malu yang teramat,
aku pinta yang lebih, aku mengemis
yang pada hakikatnya itu bukan milik aku.

Salah aku,
terlampau asyik dan seronok,
aku sangka aku dah berjaya tembus ke ruang yang paling dalam,
sedangkan permukaan pun belum terlekuk.

Betul apa yang selama ini aku mainkan,
dalam hidup ini cuma ada dua, misteri atau pasrah.
misteri yang tak perlu kita tahu,
dan pasrah bila kita mengetahui.

terlalu jauh aku bermimpi,
sedaya upaya aku cuba kecap mimpi itu.
tapi mimpi tetap sekadar mimpi
mana pernah mimpi jadi realiti.

aku
jatuh
terduduk
kali
ini

Saturday, 1 August 2015

love make you fool

to the one i already hold your half of heart,

each smile in your face is my lullaby.
your messy hijab make me happy.
those "jamban" slippers really make me fall in love with you.

to you, can i have your another half of heart?

Tuesday, 7 July 2015

peluang

Peluang kedua,
Satu benda yang diharapkan golongan pernah jadi bodoh
Tak kesah bodoh yang sengaja ataupun tak.
Nilai peluang kedua itu bukan semurah kebodohan yang pernah dilakukan
Dan bukan semua berhak dapat peluang kedua
Sama ada terus berharap sampai peluang itu sampai ataupun tak
Atau bila putus asa baru peluang itu sampai
Tak pedulilah sama ada bila peluang kedua itu sampai,
Persoalannya, kau layak ataupun tak?

Layak bermakna kau cukup bertuah, jadi apa yang kau kena buat?
Bersyukur yang paling penting, jangan ulang kebodohan atau rendahkan level bodoh kau.
Hargai setiap apa yang kau dapat walau sekecil hama.
Kau akan sedar yang hama itu pun terlampau mahal bila kau pernah hilang peluang pertama.
Tak layak bukan bermakna kau tak bertuah,
Cuma mungkin peluang pertama sudah cukup untuk kau, jadi teruskan hidup.
Buat yang terima berpuluh peluang,
Kau terlampau bertuah dan terlampau bodoh.
Kau cukup layak dan sangat diperlukan tapi kenapa kau tetap dengan bangang kau?
Sedarlah, dibelakang kau ada yang harapkan peluang cukup walau sekali.
Walau kau kukuh didepan selesa memainkan peluang, belakang kau ada yang lebih kukuh bersabar menunggu.

Hargai apa yang ada, belajar dari apa yang sudah tiada, mungkin kau layak untuk peluang kedua.

Sunday, 21 June 2015

hambar teruk

awak solat terawikh kat mana?
inshaAllah dekat masjid yang kita bina.

awak, saya rasa nak makan sup tulang.
tulang apa?
tulang rusuk kiri saya.

i cant spell berbUka,
without U.

kalau yusuf taiyub choose safina as his dates,
i choose you.

berbuka apa nanti?
berbuka puasa lah.

saya tahu saya hambar. dah diam.

Friday, 12 June 2015

apa nak risau

tak semua benda itu selalu indah,
kadang sesekali biar dihenyak,
biar jadi 1 garis peringatan.

tapi apa yang kau nak tisu,
kau ada dia, perkara yang paling indah,
pegang dia,
dia ada kau, kau ada dia,
sama sama kita daki,
sama sama kita indahkan buku hidup kita.

Friday, 5 June 2015

Terima Kasih Si Gadis Air Max

bila  ada yang susah payah berusaha
bila ada yang gigih menerima
bila ada yang sanggup mencuba

apa lagi yang aku nak?
duduk diam diam, rasa apa yang kau bagi,
seronok.

yang ingin jalan bersama,
yang ingin daki bersama,

mungkin tak terbalas,
cuma berjanji menjadi yang terbaik,
terus melakar senyuman.

terima kasih si gadis air max.

Tuesday, 2 June 2015

Aku Yang Ada Kau

aku yang ada kau,

bahagia aku,
senyum aku,
kasih sayang aku,
cinta aku,
biar kita saja yang rasa, jangan sebarkan apa yang kita ada.
cukup rasa itu mati dalam hati kita.

kita kongsi sekeping hati,
sama-sama kita jaga,
jangan sampai tercarik,
andai tercarik, sama-sama kita sulam kembali.

tak akan pernah sebelah hati meninggalkan yang sebelah lagi,
biar bercantum kemas,
biar senyum kedua hati kekal gembira,
selagi aku yang ada kau.

Sunday, 24 May 2015

Semoga

Moga kau tahu dalam mana rasa sayang.
Biar kau tahu hakikat yang kau dah tahu.

Moga kau dan aku.
Moga tercapai satu impian kecil.
Meski yang terbentang sekarang tak pernah termimpi.

Saturday, 16 May 2015

My empty place

I can found a thousand of smiles in a day,
But I am still looking for your smile in each day.
I can found thousand of laugh in a day,
But I am still looking for your laugh every day.

I am still looking for something,
Something that is hard for you,
I knew it is hard for me to get it,
I just can wait for it without know when it will come.

I used to be in his place,
I used to be in your place,
And now, I am in a new place,
The place where I am belongs.


Tuesday, 12 May 2015

Aku ada

aku taip, aku padam.
apa yang aku nak sampaikan, aku sendiri tak tahu.
cuma,

andai kata tiris hati aku,
tolong tadahkan,

andai kata aku terjatuh,
tolong hulurkan tangan,

aku tak selalu kuat, tapi aku cuba selalu senyum.
bila kau lemah, aku ada, senyum aku ada untuk kau.

Friday, 8 May 2015

i love potato

The moment you close your eyes,
Slowly you can feel that love flowing through your pulse
And you drawing a fucking happy smile on my lips

 The second you try to smile,
It just likes you pushing me from a canyon
And i stretch my hands having fun like a bungee jumping

And when you struggling to find that feeling,
I can feel that you are hurt and such a witless, i can’t do anything.
But you got me babe in each your breath

Grab my hand, slowly we enter our love together babe.


Friday, 1 May 2015

a joke of squirrel

How a squirrel can be a joke?

it is not about the squirrel being too funny.
it is about the one who told story with a high level of self esteem and very confident that her squirrel really love the oak.

she is the one who sincerely fart,
and i am the one who accept it

Sunday, 19 April 2015

aku nak pinjam

pinjamkan aku rasa itu sekejap boleh?
lepas aku rasa aku pulang.
aku tak simpan.
aku janji aku pulangkan balik.

Tuesday, 14 April 2015

ikhlaskan senyum kau

aku sedar aku terlampau kecil
tapi apa yang aku rasa terlalu besar.

aku selesa begini
diam di satu sudut duduk memerhati

aku tak kesah bersesak
sebab aku tahu aku yang datang menumpang

aku cuma ingin jadi sebahagian kecil
bukan aku nak mengganti

bukan sayang yang aku kejar
tapi ikhlaskan senyum kau, itu lebih bermakna.

Sunday, 12 April 2015

aku masih hidup

aku tahu bukan mudah untuk kau ubah rasa
aku cuba faham

aku sesak. tapi gembira
masih boleh tersenyum
walau sedikit ruang terasa luas

aku masih hidup


Sunday, 5 April 2015

moga ia kukuh

aku bentangkan seluas-luasnya yang namanya hati.
seluas mata memandang, sejauh tangan mengapai.
carik sana sini, biarkan.
setiap carik ada nilainya.
sahaja aku biar tak bertampal.

meski bersepah cariknya. aku tahu ia kukuh.
walau kadang ia tiris, ia masih bertahan.
masih utuh dihenyak.

semoga kau kekal kukuh.

Sunday, 29 March 2015

angin

kau tahu macam mana rasa angin?
kau rasa dia bertiup, tapi kau tak nampak apa itu angin.
kau rasa dia ada, kau tahu dia ada
tapi mana dia? sekadar rasa

aku depakan tangan
biar aku rasa sepuas puasnya
walau aku tak tahu sampai bila
dari mana datang dia

semoga angin terus bertiup

Wednesday, 25 March 2015

aku ada kau. buat sementara waktu.

dulu pernah 1 masa.
aku berhenti percaya dengan takdir
aku tak percaya dengan takdir
aku cari diri aku sendiri
puas aku cari. tapi takdir.
takdir yang temukan aku dengan diri aku.
aku mula percaya dengan takdir
aku terima dengan hakikat takdir aku.
makin lama aku makin kuat.
aku boleh telan apa saja yang datang.

hari ini, semalam, esok.
aku belajar benda baru tiap hari
aku tak rasa sakit sikit pun
takda 1 benda pun yang buat aku sakit.

dalam hidup,
aku tak nak 1 zarah pun,
sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku nak.
hati, mana kau pergi.
aku rindu kau.
dah lama kau tinggalkan aku.
sebab kau, aku hilang semua rasa.
tapi,
bila kau hilang. aku boleh jadi kuat.
kalau aku boleh telan semua yang ada,
jangan kau balik,
aku dah terbiasa kau tiada,
terbiasa tidak berhati.
banyak lagi yang aku sedang perjuangkan
jangan kembali wahai hati.

andai aku kalah sekali lagi,
aku tetap percaya dengan takdir aku.
aku takkan tersasar sekali lagi
aku kuat, aku perlu kuat.
hati, mungkin sekali lagi kita akan kalah.
kau tahu bukan apa yang kau perlu lakukan?
aku tahu kita boleh tempuh sama-sama.

selamat malam hati,
selamat malam insan yang terpenjara dalam hati.

Monday, 23 March 2015

esok, kau dan aku.

antara esok dengan semalam.
ada kita ditengah. kita pegang semalam.
jangan lupakan dia.

ada apa dengan esok kita tunggu.
aku ada kau. kau ada aku.
kadang esok itu memang menakutkan. bukan tapi memang selalu. tapi aku bukan pak belalang yang boleh sembang apa akan jadi esok. mungkin lebih indah dari semalam. mungkin lebih bangsat dari kelmarin.

esok itu macam berjudi.
cuma yang beza tiada apa yang boleh kita taruhkan.

jadi, semoga esok lebih indah untuk kita.

Wednesday, 18 March 2015

yes. i,m stupid enough.
really need to change.
please.
help me

Saturday, 14 March 2015

masih belum selesai
masih belum boleh berlapang dada

banyak lagi yang perlu diusahakan
banyak lagi yang perlu diperbetulkan

aku cuba

Wednesday, 11 March 2015

perjalanan.

Dalam 1 perjalanan,

ada saat yang aku rasa aku hampir
sehampir aku berada didepan pintu hati kau
hanya selangkah sahaja untuk masuk kedalam

tapi ada ketika yang aku rasa aku jauh
sejauh hingga aku tak nampak dimana pintu hati itu
berjuta langkah belum tentu aku tiba

tapi ini perjalanan, perlu diteruskan hingga penamat.

Monday, 9 March 2015

Saturday, 7 March 2015

i knew it

i wish i could be there.
but it is just a wish.

same as we always demanded more than sun.
it can't be.

Monday, 2 March 2015

just a little help

Dear God
the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around,
When I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
Because I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again
Once again.

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
When hope begins to fade.

Saturday, 28 February 2015

Thursday, 26 February 2015

itu sahaja

Ya Allah,
kau kukuhkan apa yang semakin lemah
kau teguhkan apa yang semakin longlai
cuma ingin bertahan
cuma ingin tetap berdiri disitu
itu sahaja

Tuesday, 24 February 2015

aku. dah terlampau kebal mungkin.
aku. dah terlampau kuat mungkin.
aku. dah terlampau biasa mungkin.

sampai aku.

aku tak jumpa ayat. biar lah tergantung.

Monday, 16 February 2015

aku rasa lah kan. rasa je lah tapi.

rindu ni mana aku nak simpan?
kalau aku simpan dalam ASB buat investment dah kaya aku.

rindu ni mana aku nak bagi?
kalau aku derma dah banyak pahala aku.

rindu ni mana aku nak sorok?
sedangkan Osama Laden pun kena bom time menyorok dalam lubang.

rindu ni mana aku nak hantar?
Antartika tu pun dah ada penghuni yang duduk sana.

penyudahnya rindu ni duduk diam tak buat pape. macam negara dunia ketiga yang tak keluar dari kemiskinan. bukan tak usaha. cuma tak ada yang dengar suara mereka.

Tuesday, 10 February 2015

hari ini.
aku marah dengan diri aku
aku marah dengan hidup aku
aku marah dengan takdir aku

tapi aku tak tahu mana aku nak lepaskan.
aku nak maki, nak jerit, nak terajang
aku benci hidup aku
aku benci jadi aku

farez,
kau bangsat.

Saturday, 7 February 2015

life is a bitch

today, life gave you a slap
made you feel stuck in a trap
for the all word that sting
for the all pain they bring

but please dont give it up
pick up all the pieces and be tough
there is always have another way
in the light of the another day

they say quitter will never win
your tale is just about to begin
so dont dump it and walk away
as tomorrow will be a better way

Thursday, 5 February 2015

kau buat, tapi bukan kau, mungkin aku

apa yang nak kau gapai?
kau rasa kau mampu gapai?
kau terdaya nak gapai?

kau panjat lah tinggi tinggi
kau cuba gapai
kalau kau jatuh panjat balik

kiri kanan kau takde orang
takde yang bagi semangat
kau cuma boleh usaha dan cuba

usaha dan cuba.
aku tawakal
tiap saat berdetik aku selit dengan doa
andai kata aku kalah
aku bukan menyerah, aku usaha.

Wednesday, 4 February 2015

aku belum kalah

aku kalah? siapa cakap?
aku belum habis usaha. in fact, aku tengah usaha lagi.
tak kisah lah aku kalah sekali pun nanti.
yang penting aku usaha.

aku bukan bacul kalah tak usaha.
aku tak kan menyerah.
aku tak kan pergi.
aku bukan lelaki biasa.

Tuesday, 3 February 2015

Ya Allah, kenapa berat sangat aku nak pergi
berat sangat langkah aku

Ya Allah, kalau betul aku kena pergi
kau ringankan kaki aku
tapi kalau aku perlu tetap ada
kau kesatkan air mata aku yang bertakung
kau kuatkan aku.

aku betul betul tak nak pergi. aku nak tetap ada di situ.
cuma ada disitu.

aku peduli?

aku sayang kau.
benda yang paling cliche aku cakap. almost tiap hari.
tapi peduli pulak aku. janji kau tahu aku sayang kau.

kenapa aku sayang?
entah. tak pernah ada jawapan.
kalau kau ada jawapan kau bagitahu aku.

tipu kalau aku cakap aku tak letak harapan.
kau tahu tak? harapan aku tinggi. terlampau tinggi.
memang salah. aku tak patut letak harapan tu.
tapi apa yang aku boleh buat?
kalau benda kecik pasal kau boleh buat aku berjam fikir.

tapi aku tahu aku dekat mana.
aku usaha. sampai satu moment nampak aku terdesak.
tapi peduli apa aku.
tapi at the end of the day, aku tahu aku dekat mana.
aku tak pernah bergerak setapak pun.

jalan yang aku pilih memang nampak kosong.
takde hujung. takde kiri kanan.
tapi macam aku cakap. peduli apa aku.
tapi aku dekat belakang sekali.
aku jengket. aku nampak kau senyum.
aku berdiri. aku senyum dari jauh.
aku pegang rasa sayang aku.
aku pesan. kita tunggu dekat sini.

Saturday, 31 January 2015

apa yang korang nak?

apa yang korang harapkan pada yang namanya hidup?
kaya? sihat? bahagia?
korang sedar tu semua takdir?
dan sebenarnya korang tak berhak pun nak berharap.

Friday, 30 January 2015

"the world is not a wish-granting factory" (Agustus Waters)

Monday, 26 January 2015

bangang

dalam hidup ada 2 jenis bangang.

PERTAMA, kau bangang, tapi kau tak sedar.
yang ni akan terus membangang.
KEDUA, kau bangang dan kau sedar kau bangang.
yang ni pesen jujur, kau memang suka jadi bangang.

aku?
aku pesen bangang tak bertempat.
kadang kadang aku tak sedar aku bangang.
kadang kadang aku saja jadi bangang.

bangang punya post

kau dengan kosong kau boleh pergi mati

aku buka sekeping kertas
aku sedia untuk menulis
tapi satu apa tak nak keluar
ini bangsat namanya

kosong, macam mana kosong kertas ni,
macam tu kosong otak aku.
bangang

tak kan aku nak pergi petik lagu kosong pulak guna gitar
tak lelaki langsung
babi! lagu tu lah kau belajar petik dulu sebelum kau pandai petik Hotel California.

kau sedar tak? kertas yang kosong tadi dah ada isi?

aku malu serupa bogel

kau duduk, aku duduk
teh o ais limau vs neslo ais
kau tenang, aku mengelabah serupa first time jumpa
berpuluh orang keliling, kurang gigil aku
aku tarik hood, aku tutup kepala.
aku bawak keluar rokok, aku light.
aku sembur nikotin jauh jauh, takut kau tak bernafas
sepuluh kali aku pandang kau, sepuluh kali aku buat buat pandang belakang kau
silap, curi pandang, bukan pandang.
belakang kau ada bola, aku tengok serupa aku belum tengok.
padahal aku dah tahu macam mana gol dia.
30 saat sekali aku pandang kau.
orang lain sembang aku dengar, orang tanya aku jawab,
orang gelak aku gelak.
kau balik aku balik.
tu je nak cerita.

Thursday, 22 January 2015

kau lagu aku

kau macam A minor.
apa aku buat, mana aku pergi tak boleh lari dari kau.
tiga tali, mudah. paling basic.
tapi kalau tak ada, lagu jadi kosong.
sama macam bila aku lari dari kau. kosong hidup aku. aku tetap patah balik cari not A minor.

kau macam D minor.
pelengkap A minor.
sama macam kau dengan senyuman manis kau.
bila aku petik A minor, aku kena petik D minor juga.
apa pun jadi. aku akan buat kau senyum.
aku nak kau sentiasa tersenyum.
aku tak nak kau sedih.
tapi D minor complicated.
salah petik sumbang.
sebab aku sendiri kadang kadang tak boleh nak tersenyum.
walau sakit jari nak petik D minor. aku tetap petik. pelengkap A minor.

kau macam F
semua jari kena guna untuk dapat kan chord F.
sama macam sayang aku dekat kau. penuh. aku guna semua tenaga yang ada untuk sayang kau macam petik F.
tapi hasil dia. macam mana bila kau petik not F sampai bergetar tali bass. macam tu lah aku puas bila aku sayang kau.
aku dengan not F tak akan terpisah. aku boleh buat macam macam bunyi dengan not F. sama macam aku hidup dalam angan angan dengan rasa sayang aku.

kau macam E minor.
not paling mudah.
cuma 2 jari.
tapi susah. aku selalu kalah dengan not ini.
aku tak mampu nak tekan 2 tali bass yg besar lama lama.
sama macam realiti kita. kadang kadang aku kalah. semakin hari aku semakin kalah. kau ada tapi kau akan pergi dengan yang lain. aku tak kuat. sama macam aku tak kuat nak tekan 2 tali bass.
bodohkan aku. 2 tali tapi tak boleh buat.
bila aku kalah dengan E minor, aku akan berhenti main.

tapi aku dengan not F tak akan terpisah.
aku duduk. aku petik F berulang kali.
sampai aku penat.






Tuesday, 20 January 2015

makin hampir

turun naik
satu saat masa itu akan datang
satu saat dia akan sedar
satu saat dia akan datang
satu saat dia mahu semua sama seperti dulu
satu saat itu aku rasa semakin hampir
tiba satu saat itu, sampai sudah saat aku mengalah
saat aku berhenti
berhenti, tapi bukan berhenti menyayangi

Monday, 19 January 2015

lukisan sekeping dinding kehidupan

kita sapu kan iman sebagai warna asas. 2 lapisan untuk lebih tebal.
kita corak kan dengan kasih sayang sebagai asas lukisan.
kita warnakan lukisan itu dengan cerita cerita hidup.
kita lukiskan dengan penuh keihlasan.
kita corak kan dengan liku liku kehidupan.
kita akhiri dengan ketabahan sebagai penyedap mata memandang.

Friday, 16 January 2015

aku cukup kuat sebelum ni.
tapi sekarang aku tewas.
ya. aku menangis.

Tuesday, 13 January 2015

satu

satu lagi pagi yang indah.
satu lagi hari di beri peluang bernafas.
satu lagi hari bertarung dengan hidup.
satu lagi hari yang perlu diterapkan pesanan yang bertahun di pegang.
satu lagi hari menyayangi.
satu hari lagi mencintai.
satu hari lagi mengasihi.

sayang, cuba mencintai cuma untuk satu hari, hari yang paling indah pastinya.

Friday, 9 January 2015

pilihan untuk terus berada disini atau terus berlari ke hadapan.
pilihan untuk terus hidup atau mati dalam sebuah angan angan
kau pilih lah.