Monday 3 October 2016

lama dah tak menulis, 6 bulan, kekok, and finally i'm here.
kalau yang terakhir dulu masa yang bawa aku kesini,
ironinya, sekali lagi aku kesini sebabkan masa.

kosong, tak berteman bicara.
apa saja yang tinggal?
setiap malam sama seperti malam malam yang lain
berbintang, sejuk tapi tetap sunyi.
bukannya mengharapkan setiap malam itu indah
sedangkan bulan itu sendiri berputar pada paksi yang buat bentuknya berubah
tapi cukuplah andai bulan tu menjadi penyeri malam, sebelum mata terkatup

bukan bicara soal hati tapi sesak menanggung pelbagai masalah
bukan sebarang masa boleh diluah
bukan sebarang tempat boleh dilontar
cuba mencari masa dan tempat yang sesuai
tapi sayang, masa itu sentiasa sempit

akhirnya, aku tetap disudut,
menghitung setiap masalah
cuba cari penyelesaian yang tak selesai
sudut yang sama
aku tak pernah berganjak dari situ

malam, terima kasih, sekali lagi kau jadi peneman
hanya kita berdua

Sunday 17 April 2016

apa guna kalau bercakap kalau semua masih sama.
masa, adil, keutamaan.
terima kasih, aku dibuang sebabkan 3 perkara ini.
3 perkara yang bukan aku boleh ubah.
3 perkara luar jangkauan.
1 rasa yang tetap aku rasa.
dibuang.
terima kasih.

Friday 11 March 2016

Lama rasanya tak menulis. mana nak mulakan.

tujuh tahun, akhirnya menyerah kalah. Bukan lelah, tapi apa lagi yang boleh dilakukan. Dari sekecil hama hingga sebesar alam, namun tetap gagal.

Hari ini setelah tujuh tahun, rasa selemah ini. Bukan norma diri untuk menyerah kalah untuk dia. segala apa yang ada, itu yang diperjuangkan.

Hari ini setelah tujuh tahun, tak sangka aku akan mengatakan ini sekali lagi. Ya, realiti hidup telah menang, dan aku kalah diludah hidup.