Saturday, 14 December 2013

penjelasan

okey. kali ni aku nak cerita something yang lari jauh apa yang aku biasa tulis dekat blog aku ni.
aku nak cerita pasal ekonomi semasa.
first of all, apa yang aku nak cakap, aku tak sentuh isu politik sebab aku bukan student politik. tapi aku student ekonomi and aku dah lama terpikir nak berkongsi pendapat aku.

okey. isu pertama. adakah Malaysia akan bankrupt?
jawapannya. mana2 negara sekali pun ada risiko untuk bankrupt. tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang, susah untuk Malaysia bankrupt.
REASON?
Malaysia memang berhutang. tapi Malaysia berhutang dengan institusi dalam negara such as KWSP and Petronas. so debit and credit negara masih dalam domestic money market. sebab untuk sesebuah negara itu bankrupt adalah sebab pinjaman atau hutang dengan negara lain dan institusi luar contohnya IMF. so dalam ayat mudahnya. Malaysia hanya akan bankrupt apabila negara2 seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Kanada bankrupt. sebab hutang luar negara Malaysia sangat rendah.

okey. isu kedua. isu gaji.
dekat sini aku nak timbulkan 1 persoalan. dalam sektor swasta, siapa majikan anda? ya. syarikat dan bukannya kerajaan. dalam isu ini kerajaan tidak ada kuasa untuk campur tangan dalam pentadbiran sesebuah syarikat. tapi apa yang kerajaan boleh buat adalah dengan memberi tekanan kepada sektor swasta untuk meningkatkan tingkat gaji. sebab itu kerajaan telah menetapkan RM900 sebagai gaji minimum. ini akan memberi tekanan kepada sektor swasta untuk meningkatkan tingkat gaji. memang nampak RM900 rendah bukan? percayalah yang tahap gaji minimum itu akan berubah secara berperingkat.

okey. isu ketiga. isu cukai yang tinggi.
okey. semua orang sibuk melaungkan slogan "kami mahukan kemajuan". aku nak tanya, korang nak kan sebuah negara yang maju tapi korang tak nak menyumbang terhadap negara. macam mana negara nak berikan korang semua kemajuaan tanpa dana. cukai yang anda semua bayar akan kembali pada anda dalam bentuk kemajuaan dan facility untuk anda semua. bukannya anda perlu menyumbang terhadap negara untuk setiap hari. cuma setahunsekali. bahkan ada yang tak perlu membayar langsung kerana pelepasan cukai.

cukup lah dengan 3 isu ini. banyak lagi sebenarnya yang ingin aku suarakan. tapi cukuplah 3 isu utama ini.
jujur. aku sedih dengan rakyat sekarang. semua terlampau taksub dengan politik sehingga anda lupa dengan kenyataan yang ada depan mata anda. anda semua bergaduh2 dan memaki hamun. untuk apa? tak sayangkah anda dengan Malaysia? fikirkanlah apa sumbangan anda terhadap negara? lupakan lah dengan fahaman politik anda. kita perlu bersatu, jangan sehingga kita jadi seperti negara timur tengah yang berperang hingga tergadai maruah negara dek kerana cuma fahaman politik.

pesan aku. jangan butakan mata anda semua. jangan cepat menyokong dan menentang. dan jangan sesekali membuat spekulasi atau berhujah tentang ekonomi Malaysia jika anda tiada pengetahuan tentang ekonomi. bahaya. ekonomi sangat susah untuk difahami tapi senang untuk dipengaruhi.
- i love Malaysia-

No comments:

Post a Comment